Sunday, 13 September 2015

kesimpulan


  • islam menyusun dan mengaturkan umatnya menjaga perkara yang utama.
  • pengaturan itu amatlah lengkap dan jika ini diamalkan kehidupan yang aman sentosa.
  • jika ini diamalkan maka kehidupan umat sejagat akan menjadi terbaik

menjaga keselamatan harta


  • islam menggariskan kepada umat islam kaedah- keadah menjaga keselamatan harta.
  • islam tidak membenarkan umat islam melakukan pencerobohan terhadap harta orang lain.
  • jika kita berada dalam sesebuah organisasi, kita mestilah menjaga harta kita dan mendapatkan harta melalui cara yang halal dan menjauhinya daripada mendapatkan dengan cara yang salah seprti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
  • firman Allah S.W.T: " dan janganlah kamu makan harta-harta di kalangan kamu dengan cara                                          yang salah."
  • islam menjanjikan bahwa orang yang mempertahankan harta sehingga mati maka matinya ialah mati syahid.
  • islam juga mensyariatkan kaedah perkongsian perniagaan ( al mudarabah dan al musyarakah).

menjaga keselamatn maruah


  •  menjaga keselamatan maruah atau memelihara maruah dan keturunan manusia juga merupakan salah satu matlamat syariah. oleh itu segala bentuk yang boleh membawa yang boleh membawa kepada pencabulan maruan dan  ketrunan adalah di larang sama sekali.
  • firman Allah S.W.T :  " dan janganlah kamu menghampiri zina. sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ) "
  • perkara yang boleh membawa ke arah zina dan mencabul kehormatan hendaklah dihalang dengan segera.
  • keturunan adalah satu agenda yang amat penting dalam kehidupan dalam islam.
  • islam telah menetapkan kaedah kursus untuk menjaga keturunan bagi mengelakkan daripada bercampur sehingga tidak mengetahui asal - usul seseorang.
  • kaedah ini dapat mengelakkan pupusnya anak- anak Adam kerana tidak menjaga maruah.
  • Al -quran dan Al-sunnah menyeru kita berkahwin untuk menjaga maruah, keturunan dan kesucian diri.
  •  Firman Allah S.W.T ; " maka nikahilah apa yang baik kepada kamu dari wanita sama ada                                             dua, tiga atau empat " 
  • sabda Nabi S.A.W : " sesiapa yang mampu dikalangan kamu al-baah (mampu dari sudut                                              perbelanjaan dan tenaga), maka hendaklah dia berkahwin,                                                       sesungguhnya  berkahwin dapat menyelamatkan mata (dari                                                    memandang  perkara yang diharamkan ) dan menjaga kemaluan. "

Menjaga Keselamatan Akal

Menjaga keselamatan akal dan pemikiran merupakan di antara matlamat syariah islam. oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah allah yang paling bernilai kepada manusia.Akal bukan sahaja perlu dijaga tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan .oleh itu,segala bentuk unsur yang boleh merosakakn akal adlah dilarang sama sekali ,termasuklah minum arak ,dadah serta memikirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia.ini berdasarkan firman allah swt :

maksud:"wahai orang-orang yang beriman!bahawa sesunggunnya arak,judi,pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya)kotor(keji)dari perbuatan syaitan.oleh itu hendaklah kamu menjauhi supaya kamu berjaya."

Islam amat mementingkan perbuatan berfikir,merenung secara mendalm dan mengambil iktibar dari sesuatu perkara.ayat-ayat al quran diturunkan kepada manusia yang berhadapan dengan orang-orang yang mempunyai akal fikiran.islam juga menitikberatkan supaya manusia menuntut ilmu pengetahuan.ilmu adalah makanan akal.islam juga mengalakkan pembahasaan dan muzakarah berdasarkan ilmu dan berfikir sebagaimna firman-Nya dalam surah al nahl ayat 125:

Maksud :" serulah kejalan tuhanmu dengan berhikmah dan contoh-contoh dan berbahaslah( dengan menggunakkan logik akal) dengan cara terbaik "

Kepentingan menjaga keselamatan Jiwa (Nyawa) dalam pengurusan

Satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara keselamatan jiwa (jiwa)serta tubuh badan manusia.ia mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya sendri dan juga orang lain .Ini sejajar dengan firman allah swt dalam surah al maidah ,ayat 32

maksud:"dengan sebab kisah pembunuhan kejam yang demikian itu kami tetepkan ats bani israil,bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu,atau (kerana)melakukan kerosakan di muk bumi,maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya,dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia,maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.dan demi sesungguhnya telah datang kepada mereka rsaul-rsaul kami dengan membawa ketenagan yang cukup terang.Kemudian sesungguhnya kebanyak dari mereka sesudah itu ,sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melanpaui batas(melakukan kerosakan)di muka bumi ini.

Langkah -pertama -haram membunuh tanpa sebab

islam membuat penegasan pengharaman membunuh tnpa sebab-sebab yang dibenarkan.Islam juga mengancam perbuatan tersebut dengan azab yang akan ditimpa terhadap pembunuh di akhirah kelak.dalil-dalil  yang menerangkan perkara tersebut tidak diragui cara penurunannya dan pengeritiannya iaitu secara qat'i.Semuanya ini mengambarnya bahawa maksud atau matlamat akhir syariat islam supaya menjaga nyawa adlah matlamat yang berbentuk qat'i (yakin atau secara putus)

Langkah kedua-wajib menjaga nyawa

islam menetapkan cara-cara untuk menjaga nyawa dan tubuh badan seperti mna banyak diriwayatkan dalam ayat suci al-quran dan hadis nabi bahawa badan manusia ada hak terhadap manusia itu sendri.Orang yang membunuh kerana mempertahankan dirinya daripada dibunuh juga dituntut berbuat demikian dan sebagaianya.

Dalil pengharaman pembunuhan

terdapat banyak ayat al-quran dan sunnah yang menegaskan dan menerangkan secara jelas pengharaman pembuatan membunuh dan pembuatan menyebabkan kecacatan seseorang iatu kehilagan angggota badan seperti tangan ,kaki dan lain-lain lagi,antaranya:

1.dalil pertama firman allah swt dalam surah al isra ayat 33

maksud:"dan janganlah kamu melakukan pembunuhan manusia yang mana pembunuhan yang diharamkan oleh Allah Swt kecuali kerana sesuatu yang dibenarkan

2.dalil kedua firman allah swt dalam surah al nisa ayat 92

maksud:"dan tidak lah seseorang yang beriman itu akan membunuh seseorang beriman yang lain kecuali kerana tersalah.

3.dalil ketiga firman allah swt dalam surah al nisa ayat 93

maksud:"dan sesiapa yang membunuh orang yang beriman secara sengaja maka balasannya ialah neraka jahannam dan ia kekal di dalamnya dan allah swt amat murka terhadapnya dan melaknatinya dan meyediakan kepadanya azab yang amat berat.






Monday, 7 September 2015

Kepentingan Menjaga Agama dalam pengurusan

Menjaga Keselamatan Agama

  • Menjaga keselamatan agama merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim.
  • kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak mengugat akidah yang dianuti seseorang.
  • menjaga dan memelihara agama islam ,memahami ,menjaga kesuciannya dan keagungan sebagai satu cara hidup adalah matlamat akhir syariat islam paling utama.
  • syariat islam telah menerangkan kepada manusia kaedah menjaga agama kerana agama adalah perkara paling utama dalam hidup
  • ilmu-ilmu terhadap keesaan allah swt dan ilmu asas syariat islam yang berkaitan dengan rukun iman dan rukun islam merupakan perkara pokok yang mesti diketahui bagi menjaga agama yang dianuti.