maksud:"dengan sebab kisah pembunuhan kejam yang demikian itu kami tetepkan ats bani israil,bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu,atau (kerana)melakukan kerosakan di muk bumi,maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya,dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia,maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.dan demi sesungguhnya telah datang kepada mereka rsaul-rsaul kami dengan membawa ketenagan yang cukup terang.Kemudian sesungguhnya kebanyak dari mereka sesudah itu ,sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melanpaui batas(melakukan kerosakan)di muka bumi ini.
Langkah -pertama -haram membunuh tanpa sebab
islam membuat penegasan pengharaman membunuh tnpa sebab-sebab yang dibenarkan.Islam juga mengancam perbuatan tersebut dengan azab yang akan ditimpa terhadap pembunuh di akhirah kelak.dalil-dalil yang menerangkan perkara tersebut tidak diragui cara penurunannya dan pengeritiannya iaitu secara qat'i.Semuanya ini mengambarnya bahawa maksud atau matlamat akhir syariat islam supaya menjaga nyawa adlah matlamat yang berbentuk qat'i (yakin atau secara putus)
Langkah kedua-wajib menjaga nyawa
islam menetapkan cara-cara untuk menjaga nyawa dan tubuh badan seperti mna banyak diriwayatkan dalam ayat suci al-quran dan hadis nabi bahawa badan manusia ada hak terhadap manusia itu sendri.Orang yang membunuh kerana mempertahankan dirinya daripada dibunuh juga dituntut berbuat demikian dan sebagaianya.
Dalil pengharaman pembunuhan
terdapat banyak ayat al-quran dan sunnah yang menegaskan dan menerangkan secara jelas pengharaman pembuatan membunuh dan pembuatan menyebabkan kecacatan seseorang iatu kehilagan angggota badan seperti tangan ,kaki dan lain-lain lagi,antaranya:
1.dalil pertama firman allah swt dalam surah al isra ayat 33
maksud:"dan janganlah kamu melakukan pembunuhan manusia yang mana pembunuhan yang diharamkan oleh Allah Swt kecuali kerana sesuatu yang dibenarkan
2.dalil kedua firman allah swt dalam surah al nisa ayat 92
maksud:"dan tidak lah seseorang yang beriman itu akan membunuh seseorang beriman yang lain kecuali kerana tersalah.
3.dalil ketiga firman allah swt dalam surah al nisa ayat 93
maksud:"dan sesiapa yang membunuh orang yang beriman secara sengaja maka balasannya ialah neraka jahannam dan ia kekal di dalamnya dan allah swt amat murka terhadapnya dan melaknatinya dan meyediakan kepadanya azab yang amat berat.
No comments:
Post a Comment