Menjaga keselamatan akal dan pemikiran merupakan di antara matlamat syariah islam. oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah allah yang paling bernilai kepada manusia.Akal bukan sahaja perlu dijaga tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan .oleh itu,segala bentuk unsur yang boleh merosakakn akal adlah dilarang sama sekali ,termasuklah minum arak ,dadah serta memikirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia.ini berdasarkan firman allah swt :
maksud:"wahai orang-orang yang beriman!bahawa sesunggunnya arak,judi,pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya)kotor(keji)dari perbuatan syaitan.oleh itu hendaklah kamu menjauhi supaya kamu berjaya."
Islam amat mementingkan perbuatan berfikir,merenung secara mendalm dan mengambil iktibar dari sesuatu perkara.ayat-ayat al quran diturunkan kepada manusia yang berhadapan dengan orang-orang yang mempunyai akal fikiran.islam juga menitikberatkan supaya manusia menuntut ilmu pengetahuan.ilmu adalah makanan akal.islam juga mengalakkan pembahasaan dan muzakarah berdasarkan ilmu dan berfikir sebagaimna firman-Nya dalam surah al nahl ayat 125:
Maksud :" serulah kejalan tuhanmu dengan berhikmah dan contoh-contoh dan berbahaslah( dengan menggunakkan logik akal) dengan cara terbaik "
No comments:
Post a Comment